Stop Tarzaning!!!…

Kali ini kita berkongsi cerita tentang tarzan.  Sewaktu kecil cerita tarzan ini hanya berkisar tentang kehidupan seorang lelaki dan rakan-rakan haiwannya tetapi apabila zaman semakin moden maka ceritanya sudah mula dibawa dalam kehidupan tarzan ini di bandar.  Tarzan, jika dilihat karakternya merupakan seorang lelaki yang gagah di hutan.  Dia mampu merentasi hutan dengan hanya bergayut dari satu pokok ke satu pokok.  Begitu juga di kala dia memerlukan teman-teman haiwannya, dia hanya perlu memanggil mereka dengan satu jeritan sahaja.  Meskipun begitu, sikapnya yang penyayang terhadap alam perlu kita jadikan satu iktibar untuk kita sama-sama renungi dalam perjalanan kehidupan kita seharian.  Sikap kasih sayang yang ditunjukkan oleh binatang di rimba yang membesarkannya hingga kemudian menjadi seorang tarzan juga perlu kita hayati agar ianya dapat juga menjadi sumber pemahaman kita tentang kasih dan sayang.

Stop Tarzaning!!! … sebenarnya merupakan tajuk ceramah yang saya adakan untuk menyatakan yang ramai diantara kita sebenarnya sudahpun menjadi tarzan.  Jika tarzan menjerit memanggil rakan haiwannya, kita pula terjerit-jerit memarahi anak atau memanggil anak.  Jika dulu boleh kita katakan ramai kaum hawa yang menjadi tarzan di rumah tetapi di zaman serba moden ini, ramai juga kaum adam sudah mula menyukai untuk menjadi tarzan di rumah.  Samada kita sedar ataupun tidak kita kerap juga menjadi tarzan di rumah kita dan tanpa kita sedar juga ianya menjadi satu kebiasaan kepada kita untuk menjadi tarzan.

Sikap tarzan yang penyayang itu perlu kita ikuti tetapi sikap tarzan yang suka menjerit itu perlu kita hindari.  Stop Tarzaning!!!… maksudnya juga adalah berhenti dari menjadi ibubapa yang suka menjerit.  Saya pernah diberitahu oleh seorang ibu yang dia terpaksa menjerit untuk memanggil anaknya atau menyuruh anaknya berbuat sesuatu kerana jika tidak mereka tidak akan melakukan sesuatu yang disuruh.  Saya yakin dan benar-benar pasti bahawa pasti ada caranya untuk menyuruh anak atau memanggilnya tanpa perlu kita menjerit-jerit seperti seorang tarzan. 

Itulah dia Stop Tarzaning!!!… yang mana kita perlu tahu bagaimanakah kita sebenarnya boleh menyuruh anak kita untuk melakukan sesuatu yang kita minta tanpa perlu kita menjerit.  Persoalan yang selalu berlaku adalah di mana ibu dan bapa itu sendiri tidak mempunyai kesabaran yang cukup dalam mempengaruhi anak-anak mereka.  Anak-anak ini perlu kita pengaruhi terlebih dahulu supaya apa jua yang kita utarakan menjadi satu saranan yang cukup efektif untuk mereka dengar dan mereka patuhi.  Ibu dan bapa juga perlu tahu waktu dan ketikanya untuk membuat satu-satu arahan kepada anak-anak hinggakan mereka tidak mampu menolak apa yang disuruh.  Sebagai contoh, kita ingin menyuruh anak kita membaca buku tetapi suruhan kita itu tidak langsung diindahkan oleh anak kita lalu kita menjadi marah dan mula bernada tinggi dalam menyuruh mereka untuk membaca buku. 

Kita kadangkala lupa untuk membuat analisa mengapa mereka tidak mahu membaca buku dan kita hanya tahu menyuruh tanpa membongkar sebab musababnya.  Jika kita sudah tahu mengapa mereka malas untuk membaca buku maka sebab musabab itu bakal dijadikan satu elemen untuk memujuk mereka.  Kebijaksanaannya terletak kepada pujukan yang betul.  Sebenarnya terdapat beberapa teknik yang mampu memujuk siapapun dan mampu menukarkan keputusan atau perasaan negatif bertukar menjadi positif.  Jika kita semakin mahir dalam menggunakan formula tersebut maka kita akan mula meinggalkan sikap tarzan yang suka menjerit dan paling hebat adalah di mana setiap saranan kita kepada anak-anak kita dipatuhi tanpa banyak bicara. 

Kunci sebenar Stop Tarzaning!!! terletak kepada kedua ibubapa itu sendiri samada mereka mahu atau tidak untuk menguasai anak mereka atau mereka hanya mahu melempiaskan kemarahan mereka.  Kemarahan itu perlu ada tetapi kemarahan yang berhemah atau lebih suka saya sebut sebagai kemarahan yang penuh kasih dan sayang.  Jika kita mampu mempengaruhi anak kita dengan baik, saya yakin insya Allah biar ke mana mereka pergi mereka akan sentiasa membawa rasa hormat dan segan terhadap kedua ibubapa.  Rasa ini dapat menghindari mereka dari bergaul dengan kelompok yang merosakkan dan dapat juga member motivasi untuk mereka terus maju dalam apa juga jalan hidup yang dipilih.

Mulai hari ini bertekadlah untuk tidak lagi menjadi tarzan di rumah kerana ianya lebih banyak membawa energi negatif dari positif.  Marahlah dengan kasih sayang, suruhlah dengan penuh kebijaksanaan… insya Allah anak anda akan sentiasa patuh dan hormat kepada anda.  Jika masih tercari-cari caranya, mungkin anda boleh mengikuti Stop Tarzaning!!! dengan menghubungi 016-2471009 (Cik Nurul).  Semoga hari ini kita menjadi ibubapa yang dihormati oleh anak-anak kerana kasih sayang dan bukan ditakuti kerana kegarangan.  Amiin.

Gallery | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s